Pirates of the Caribbean: At World's End

Pirates of the Caribbean: At World's End ("Lanun Caribbean: Di Hujung Dunia") ialah sebuah filem pengembaraan tahun 2007, filem ketiga dalam siri Pirates of the Caribbean. Plot filem ini mengikuti anak kapal Black Pearl menyelamatkan Jack Sparrow (Johnny Depp), daripada Gerobok Davy Jones, dan bersedia untuk menentang Syarikat Perdagangan India Timur, diketuai oleh Cutler Beckett (Tom Hollander) dan Davy Jones (Bill Nighy), yang merancang untuk menghapuskan lanun. Gore Verbinski mengarahkan filem ini seperti yang dilakukan kepada 2 filem sebelumnya.

Pirates of the Caribbean: At World's End